Aplikasi Skype Untuk BlackBerry Z10 Diumumkan

Aplikasi Skype Untuk BlackBerry Z10 Diumumkan

Diterbitkan pada Mei 14, 2013 oleh .

Selain mengumumkan mengenai BlackBerry Q5, pihak BlackBerry juga turut mengumumkan mengenai kemaskini BlackBerry 10.1 untuk peranti BB10 pertama mereka, BlackBerry Z10 selain turut mengatakan aplikasi Skype akan boleh digunakan oleh pengguna Z10 selepas mengemaskini peranti mereka.

Skype Preview Untuk BBQ10

Melalui kemaskini BlackBerry 10.1, ia membawakan beberapa fungsi baru, dimana salah satunya adalah sokongan rakaman gambar dalam bentuk HDR. Buat masa ini, peranti kami masih belum menerima kemaskini 10.1, dan mungkin akan boleh didapati dalam masa terdekat ini.

Untuk menggunakan aplikasi Skype pada Z10, pengguna perlulah mengemaskini sistem operasi mereka kepada versi 10.1 terlebih dahulu, sementara pengguna BlackBerry Q10 boleh terus memuat-turunya pada peranti mereka hari ini. Seperti biasa, pengguna boleh membuat panggilan video dan suara, selain turut menghantar dan menerima teks menggunakan aplikasi Skype ini.

Muat-Turun Aplikasi Skype untuk BlackBerry


TIPS & ULASAN