SHIELD Akan Mula Dijual Pada Bulan Hadapan

SHIELD Akan Mula Dijual Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Mei 14, 2013 oleh .

Sejak NVIDIA mengumumkan Project SHIELD, ia telah mendapat perhatian ramai pihak, dan ramai yang tidak sabar untuk menantikan prototaip daripada NVIDIA ini berubah kepada produk akhir. Kini, setelah beberapa bulan, nampaknya pihak NVIDIA telah bersedia, dan akan melancarkannya pada bulan hadapan.

Project Shiled

NVIDIA Shield ini menjalankan sistem operasi Android, dan memfokuskan kepada mereka yang gemar memainkan permainan pada peranti dan konsol mudah-alih. Selain daripada mengakses kepada pelbagai pilihan permainan pada Google Play, permainan daripada NVIDIA TegraZone juga akan ditawarkan untuk pengguna SHIELD kelak.

NVIDIA akan memulakan pra-tempahan untuknya bermula 20 Mei kelak, dan peranti ini akan dijual pada harga $349 (~RM1050). Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Project Shiled


TIPS & ULASAN