BBM Akan Hadir Ke iOS Dan Android Pada Tahun Ini

BBM Akan Hadir Ke iOS Dan Android Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Mei 14, 2013 oleh .

Setelah pelbagai desas-desus kedengaran sejak tahun lepas, hari ini ia diumumkan secara rasmi yang mana perkhidmatan permesejan BlackBerry popular, iaitu BBM (BlackBerry Messenger) akan hadir ke platform Android dan juga iOS pada tahun ini.

BlackBerry Messenger

Sebagai permulaan, perkhidmatan permesejan dan membuat kumpulan akan disokong, dan ia akan diperluaskan untuk sokongan panggilan suara, perkongsian skrin dan sebagainya secara berperingkat.

Untuk pengguna Android, mereka akan memerlukan versi Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan terkini, manakala untuk pengguna iOS pula, mereka akan diperlukan untuk menjalankan sistem operasi iOS 6 dan terkini.

Buat masa ini, BBM mempunyai lebih 60 juta pengguna aktif bulanan, dan mungkin dengan pengenalan ia kepada Android dan iOS, perkhidmatan ini akan lebih meluas digunakan dikalangan pengguna seluruh dunia.

Kedua-dua aplikasi ini, iaitu untuk Android dan iOS akan ditawarkan secara percuma. Lebih maklumat berkaitan dengannya akan diketahui sebaik sahaja menghampiri tarikh pelancarannya kelak.


TIPS & ULASAN