Carian
Windows 8.1 Akan Ditawarkan Secara Percuma Untuk Pengguna Windows 8 Dan Windows RT
May 14, 2013 Aman

Sejak ura-ura berkenaan Windows Blue (yang kini dikenali sebagai Windows 8.1) hadir, salah satu persoalan yang timbul adalah adakah ianya akan berbayar ataupun ditawarkan secara percuma. Kini, Microsoft menjawabnya, dengan mengatakan ia akan ditawarkan secara percuma.

Versi Public Preview akan dilancarkan oleh Microsoft pada 26 Jun kelak, membolehkan sesiapa yang ingin mengujinya terlebih dahulu memuat-turun dan mencubanya pada komputer mereka.

Kemaskini akan ditawarkan melalui Windows Store, sekaligus akan mengubah kaedah bagaimana Microsoft memperkenalkan kemaskini sebelum ini, iaitu melalui Windows Update.

Selain daripada perkongsian berkenaan dengan ini, pihak Microsoft juga turut mengatakan kini terdapat lebih daripada 70,000 aplikasi pada Windows Store.

Komen