Pengguna BlackBerry Z10 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini BB 10.1

Pengguna BlackBerry Z10 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini BB 10.1

Diterbitkan pada Mei 15, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan beberapa pengumuman pihak BlackBerry hari ini, pengguna peranti BlackBerry Z10 di Malaysia juga menerima berita gembira apabila kemaskini BlackBerry 10.1 diperkenalkan.

BlackBerry Z10 - BB10.1

Bagi pengguna peranti BlackBerry Z10, anda boleh ke bahagian tetapan dan memuat-turun kemaskini bersaiz sekitar 310MB ini melalui ruangan Software Updates.

Melalui kemaskini BlackBerry 10.1, ia membawakan sokongan BlackBerry Hub yang lebih baik, serta kebolehan pengguna untuk mengawal notifikasi pada peranti mereka. Selain daripada itu, pada bahagian kamera, kini pengguna boleh merakamkan gambar dalam bentuk HDR.


TIPS & ULASAN