Mozilla Melancarkan Pelayar Web Firefox 21 Secara Rasmi

Mozilla Melancarkan Pelayar Web Firefox 21 Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mei 15, 2013 oleh .

Mozilla hari ini telah melancarkan pelayar web versi terbaru mereka kepada umum, iaitu Firefox 21, sekaligus membawakan beberapa sokongan baru pada pelayar web berkenaan. Para pengguna Windows, Mac dan juga Linux boleh mengemaskini pelayar web mereka, dan mula menggunakannya sekarang.

Firefox 21 membawakan beberapa penambahan baru, termasuk salah satunya adalah sokongan API sosial untuk beberapa perkhidmatan sosial baru termasuk Mixi, msnNOW dan juga Cliqz. Perkara ini merupakan tambahan kepada sokongan Facebook Messenger yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Selain sokongan sosial, Firefox 21 juga turut menyertakan sokongan Health Report, membolehkan pengguna untuk mengoptimasikan tetapan pelayar web mereka, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik lagi.

Disamping itu, fungsi “Do Not Track” terus ditambah baik, dengan beberapa pilihan tambahan disediakan, membolehkan pengguna membenarkan beberapa data pelayaran web mereka diambil oleh pengiklan, ataupun mematikan ia sepenuhnya.

Bagi para pengguna yang berminat boleh memuat-turun pelayar web Firefox 21 hari ini, ataupun memulakan proses kemaskini pada pelayar web Firefox di komputer mereka hari ini.

Muat-Turun Firefox 21


TIPS & ULASAN