Polis Johor Memperkenalkan Aplikasi E-Alerts Dan Community Alerts Untuk Android Dan iOS

Polis Johor Memperkenalkan Aplikasi E-Alerts Dan Community Alerts Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mei 15, 2013 oleh .

Polis Johor pada minggu ini telah memperkenalkan dua aplikasi baru untuk pengguna peranti Android dan iOS dalam memudahkan mereka mengetahui berita semasa, disamping membuat beberapa aduan kepada pihak berkuasa.

Polis Johor - Pelancaran Aplikasi

Dua aplikasi yang diperkenalkan adalah e-Alerts dan juga Community Alerts. Community Alerts telah dilancarkan sebelum ini, dimana ia dikatakan mempunyai lebih kurang 8,800 pengguna berdaftar.

Community Alerts membolehkan para pengguna menghantar beberapa informasi dalam bentuk SOS kepada pihak Polis, dan pada masa yang sama melihat alamat-alamat pusat kecemasan berdekatan.

e-Alerts yang baru dilancarkan pula membolehkan pengguna mengikuti pelbagai informasi semasa daripada pihak Polis Johor, serta melihat beberapa maklumat lain terus melaluinya.

Kedua-dua aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk para pengguna Android dan iOS, dan turut dioptimasikan untuk digunakan pada skrin tablet.

Aplikasi e-Alerts

Aplikasi e-Alerts Polis Johor

Muat-Turun Aplikasi E-Alerts untuk Android

Muat-Turun Aplikasi E-Alerts untuk iOS

Aplikasi Community Alerts

Community Alerts - Polis Johor

Muat-Turun Aplikasi Community Alerts untuk Android

Muat-Turun Aplikasi Community Alerts untuk iOS


TIPS & ULASAN