Selain daripada pengumuman BlackBerry Q5, kini beberapa desas-desus baru kedengaran mengatakan pihak BlackBerry akan hadir dengan peranti BlackBerry 10 bersaiz sekitar 5-inci dalam masa beberapa bulan lagi.
Ia dikatakan peranti ini akan membawakan skrin sentuh sepenuhnya, dan diperkatakan sebagai BlackBerry Z10 generasi baru. Peranti ini dilaporkan kini sedang diuji di Kanada.
Peranti ini kelak dijangka akan memfokuskan kepada masa bertahan bateri yang lebih lama, disamping turut menggunakan cip pemprosesan baru bersama-sama dengannya.
Info penuh berkaitan spesifikasi lain masih tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.