Facebook Timeline Baru Selesai Diperkenalkan Kepada Semua – Apa Kata Anda?

Facebook Timeline Baru Selesai Diperkenalkan Kepada Semua – Apa Kata Anda?

Diterbitkan pada Mei 15, 2013 oleh .

Hari ini, gergasi laman sosial telah pun berkongsi mengatakan antaramuka Facebook Timeline baru yang memfokuskan kepada satu lajur (column), serta pada masa yang sama memudahkan pengguna untuk menambah dan memaparkan pelbagai info dan aplikasi kegemaran pada profil.

Bagi kami sendiri, antaramuka baru ini lebih mesra berbanding sebelum ini, dimana pengguna boleh melihat kemaskini semasa seseorang dengan lebih teratur. Sebelum ini pihak Facebook memperkenalkan penggunaan dua lajur yang mana agak sukar untuk mengetahui kemaskini semasa.

Pada masa yang sama, Facebook turut mengatakan pengguna lebih aktif menambah info tambahan pada profil mereka, apatah lagi dengan pembangun yang lebih mudah untuk mengintegrasikan aplikasi mereka dengan identiti seseorang pengguna.

Apa pun, apa kata anda berkenaan dengan rekabentuk Timeline baru ini? Adakah ia lebih menarik ataupun anda lebih gemari yang sebelum ini?


TIPS & ULASAN