Mungkin ramai sedia mengenali perkhidmatan pengiklanan sosial – Says.com yang telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas. Kini, Says dan juga Catcha Media mengumumkan kerjasama dalam menyatukan beberapa aset yang mana bernilai RM60 juta.
Melalui kerjasama ini, mereka akan memulakan perniagaan pengiklanan digital dengan mengabungkan kepakaran kedua-dua pihak, sekaligus cuba mendominasi pasaran Malaysia yang semakin berkembang pesat dari hari ke hari.
Untuk makluman, kedua-dua syarikat ini sedia terkenal dalam arena pengiklanan digital, dan dengan bergabung, kita mungkin akan dapat melihat mereka terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran tempatan, selain turut berpeluang untuk memperluaskan perkhidmatan mereka ke pasaran luar.