Transit-On-Tour Ingin Mencari Startup Dan Projek Menarik Di Semenanjung Malaysia

Transit-On-Tour Ingin Mencari Startup Dan Projek Menarik Di Semenanjung Malaysia

Diterbitkan pada Mei 15, 2013 oleh .

Dalam usaha untuk mencari beberapa idea startup dan juga projek yang menarik daripada para pembangun tempatan, kini salah satu inisiatif baru, Transit-On-Tour diperkenalkan dan akan berlangsung bermula penghujung minggu hadapan.

Melalui Transit-On-Tour, penganjurnya akan menjelajah ke beberapa bandar utama, iaitu ke Melaka, Johor, Kota Bharu, Pulau Pinang dan juga Ipoh dalam bertemu dengan para pengasas startup dan juga projek di bandar-bandar berkenaan.

Selain hanya menyediakan acara pitching, penganjurnya juga mengatakan mereka akan berkongsi beberapa topik bersama pengasas dalam membawakan idea mereka setapak kehadapan lagi.

Bagi mereka yang ingin menyertainya, boleh mendaftarkan diri sebelum 22 Mei ini, dan menyertainya bersama. 5 startup terpilih akan ditemukan dengan Dave McClure daripada 500 Startup ketika beliau ke Malaysia bulan Jun kelak. Kami juga akan mengikuti jelajah Transit-On-Tour ini yang akan bermula 24 Mei kelak.

Daftar : Transit-On-Tour


TIPS & ULASAN