Paparan Baru Google Maps Tertiris Sekali Lagi Ke Web

Paparan Baru Google Maps Tertiris Sekali Lagi Ke Web

Diterbitkan pada Mei 15, 2013 oleh .

Dengan Google I/O yang bakal berlangsung dalam masa beberapa jam lagi, kini sekali lagi beberapa paparan skrin untuk Google Maps baru kelihatan di arena web, sekaligus membuatkan ramai hadir dengan spekulasi mengatakan pihak Google akan mengumumkannya pada Google I/O.

Google Maps Baru

Melalui Google Maps yang diberikan nafas baru ini, ia membawakan paparan penuh pada pelayar web dan bukannya sebahagian seperti sebelum ini. Disamping itu, sebuah kotak carian disediakan pada bahagian kiri, membolehkan pengguna membuat pelbagai jenis carian, daripada navigasi, laluan sehinggalah kepada ulasan pengguna dan sebagainya.

Selain itu, sokongan seperti Google Earth, Flight Search dan sebagainya turut diintegrasikan pada perkhidmatan Google Maps dengan lebih baik berbanding sebelumnya.

Berkemungkinan pihak Google akan memperkenalkannya dalam bentuk jemputan terlebih dahulu sebelum paparan baru ini diperkenalkan secara rasmi kepada semua.

Google Maps Baru

Apa pun, apakah pendapat anda berkenaan dengan dengan paparan antaramuka baru Google Maps ini?


TIPS & ULASAN