Gran Turismo 6 Akan Hadir Ke PlayStation 3 Pada Tahun Ini

Gran Turismo 6 Akan Hadir Ke PlayStation 3 Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Mei 15, 2013 oleh .

Bagi para peminat permainan lumba kereta Gran Turismo, hari ini bersempena dengan sambutan ulang-tahun ke-15 siri permainan tersebut, ia diumumkan versi terbarunya, Gran Turismo 6 akan dilancarkan untuk PlayStation 3 pada tahun ini.

Gran Turismo 6 ini dikatakan akan membawakan hampir 1200 kenderaan dan juga lebih kurang 33 litar permainan untuk para pemain, disamping pada masa yang sama mengekalkan kadar realiti permainan tersebut.

Menurut pembangunnya, Gran Turismo 6 meneruskan evolusi permainan tersebut, dan pada masa yang sama menawarkan pengalaman permainan yang menarik untuk para pemain seluruh dunia.


TIPS & ULASAN