Pada Google I/O hari ini, pihak Google turut sama mengumumkan Samsung Galaxy S4 yang mana menjalankan versi Android asas tanpa sebarang penambahan daripada pihak Samsung, dan akan dijual melalui Google Play Store bermula bulan Jun kelak.
Seperti peranti Nexus sebelum ini, Galaxy S4 versi ini akan menerima sokongan terus daripada Google, dan akan menerima pelbagai kemaskini semasa dengan pantas berbeza dengan kebanyakkan peranti Android lain.
Peranti ini juga dijual dengan unlocked bootloader, dan amat sesuai untuk para pembangun yang ingin membangunkan aplikasi mereka untuk platform Android.
Melalui Google Play Store, peranti ini akan dijual bermula 26 Jun pada harga $649 (~RM1947).