Chrome Digunakan Oleh Lebih 750 Juta Pengguna Seluruh Dunia

Chrome Digunakan Oleh Lebih 750 Juta Pengguna Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Mei 16, 2013 oleh .

Selain pengumuman berkaitan dengan Android, pada Google I/O juga pihak Google berkongsi mengenai pelayar web mereka, mengumumkan kini lebih daripada 750 juta pengguna seluruh dunia menggunakan pelayar web mereka setiap bulan secara aktif.

Google Chrom - 750 Juta

Angka ini adalah peningkatan daripada angka 450 juta yang diumumkan oleh Google pada tahun lepas. Seperti semua sedia maklum, Chrome selain ditawarkan untuk pengguna desktop, ia juga turut ditawarkan untuk pengguna Android dan juga iOS.

Chrome sebelum ini telah dilancarkan sekitar tahun 2008, dimana sejak ia dilancarkan telah menjadi salah satu pelayar web yang popular dikalangan pengguna seluruh dunia, sekaligus memberikan saingan hebat kepada pelbagai pembangun pelayar web lain.

TIPS & ULASAN