Rekabentuk Antaramuka Google+ Diberikan Nafas Baru

Rekabentuk Antaramuka Google+ Diberikan Nafas Baru

Diterbitkan pada Mei 16, 2013 oleh .

Google+ merupakan laman sosial daripada Google yang diberikan perhatian serius oleh gergasi carian tersebut, dan hari ini pada Google I/O, pihak Google memperlihatkan rekabentuk antaramuka baru, yang mana menyerupai paparan “Cards” yang digunakan Google oleh beberapa perkhidmatan lain.

Google Plus

Melalui rekabentuk baru ini, ia membawakan antaramuka yang selari pada iOS, Android dan juga web, selain turut menyertakan sokongan auto-hashtag pada kemaskini anda di Google+. Google turut mengatakan lebih daripada 41 fungsi diperkenalkan hari ini dan akan hadir pada profil pengguna secara berperingkat.

Google Plus Baru

Bersama-sama dengan pengenalan antaramuka baru ini, pihak Google turut berkongsi mengatakan perkhidmatan mereka ini mempunyai lebih 390 juta pengguna aktif bulanan.


TIPS & ULASAN