Cari @ Amanz

Setelah beberapa gambar tertiris sebelum ini, hari ini Google mengumumkan Google Maps dengan rekabentuk antaramuka baru yang akan diperkenalkan oleh Google untuk semua dalam beberapa bulan lagi.

Google Maps

Melaluinya, kini ia mengambil paparan skrin pelayar web penuh, dan dioptimasikan untuk kegunaan seseorang, selain turut mengintegrasikan data daripada Google+, memudahkan pengguna untuk membaca ulasan berkenaan sesuatu lokasi dan sebagainya.

Google Maps

Google mengatakan ia telah tersedia, dan boleh digunakan oleh para hadirin Google I/O bermula hari ini. Untuk yang lain, anda boleh mendaftarkan minat melalui sebuah halaman khas, dan jemputan pertama untuk menggunakannya akan dihantar bermula esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd