Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengumuman pihak Google sebelum ini, kini para pengguna peranti iOS dan juga Android sudah boleh memuat-turun aplikasi Hangouts, dan menggunakannya dalam berbual dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Hangouts

Hangouts membawakan sokongan permesejan dan pada masa yang sama membawakan sokongan panggilan suara dan video secara percuma. Ia turut dilengkapi dengan kebolehan untuk berkongsi gambar dan emoji.

Menariknya mengenai Hangouts adalah dimana pengguna boleh menggunakan ia pada pelbagai peranti dan menyambung perbualan mereka walaupun bertukar peranti.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Hangouts hari ini dan menggunakannya pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd