Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, pihak Microsoft telah melancarkan aplikasi YouTube untuk para pengguna Windows Phone yang direkabentuk semula. Namun, memandangkan aplikasi tersebut melanggar beberapa terma dan syarat daripada pihak YouTube, kini Google meminta Microsoft membuang aplikasi tersebut sebelum 22 Mei ini.

Aplikasi YouTube WP8

Daripada surat yang dihantar oleh pihak YouTube, ia dilaporkan yang mana Microsoft melanggar terma penggunaan YouTube API melalui aplikasi tersebut, dimana mereka membuang pengiklanan pada video, disamping pada masa yang sama turut membolehkan video daripada penerbit kandungan yang mematikan terbitan pada peranti mudah-alih turut dipertontonkan.

YouTube juga mengatakan Microsoft melanggar dalam penggunaan logo pada aplikasi Windows Phone tersebut.

Buat masa ini pihak Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Namun, bagi pengguna Windows Phone yang inginkan aplikasi untuk mengakses YouTube, anda boleh menggunakan beberapa alternatif, termasuk MetroTube.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd