Google Memperluaskan Sokongan YouTube Live Untuk Lebih Banyak Saluran

Google Memperluaskan Sokongan YouTube Live Untuk Lebih Banyak Saluran

Diterbitkan pada Mei 16, 2013 oleh .

YouTube Live merupakan salah satu sokongan untuk strim secara langsung kepada para penonton. Sebelum ini, ia hanya diperkenalkan kepada beberapa rakan kerjasama dan juga beberapa saluran terpilih sahaja. Namun, kini segalanya berubah apabila Google memperluaskan ia kepada lebih banyak saluran.

Daripada kemaskini yang diumumkan oleh Google hari ini, sebarang saluran YouTube yang mempunyai lebih daripada 1000 pelanggan boleh mengaktifkan sokongan ini dan menggunakannya.

Bagi mereka yang memiliki saluran YouTube, anda boleh ke halaman Account Features dan mengaktifkannya di sana. Seperti biasa, fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat ke semua saluran bermula hari ini.


TIPS & ULASAN