Apple AppStore Mencapai Lebih 50 Bilion Muat-Turun

Apple AppStore Mencapai Lebih 50 Bilion Muat-Turun

Diterbitkan pada Mei 16, 2013 oleh .

Apple setelah membuat kiraan untuk muat-turun sejak minggu lepas, hari ini secara rasminya mereka mengumumkan yang mana AppStore telah pun mencapai lebih 50 bilion muat-turun sejak ia diperkenalkan. Walaubagaimanapun, aplikasi apakah yang dimuat-turun pada kali ke 50 bilion masih belum diumumkan lagi.

Selain daripada Apple, pesaing terdekat AppStore, iaitu Play Store daripada Google turut diumumkan telah mencapai lebih 48 bilion muat-turun, sekaligus semakin mendekati angka AppStore daripada Apple.

Apple sendiri akan mengadakan acara tahunan mereka, WWDC pada bulan hadapan, dan mungkin lebih banyak info berkaitan dengannya akan dikongsikan Apple ketika itu.


TIPS & ULASAN