Cari @ Amanz

Laman sosial Google+ merupakan salah satu perkara yang mendapat perhatian utama daripada pihak Google, dimana selain mengumumkan antaramuka baru, serta fungsi Hangouts, mereka juga memberikan perhatian yang serius kepada Google+ Photos.

Google+ Photos - I/O 2013

Seperti semua sedia maklum, sekiranya anda mengaktifkan sokongan memuat-naik gambar ke Google+, gambar anda akan disimpan padanya, sekaligus memastikan salinan gambar anda tidak hilang. Google mengatakan semua pengguna ditawarkan dengan ruangan storan tanpa had pada saiz standard (2048px), dan ruangan storan sehingga 15GB pada kadar resolusi penuh.

Disamping itu, Google turut menekankan kepada beberapa sokongan penyuntingan gambar, membolehkan gambar yang dirakamkan menjadi lebih menarik berbanding yang asal.

Google juga turut mengumumkan fungsi Auto Awesome, dimana sekiranya anda memuat-naik gambar yang dirakamkan pada sesuatu acara secara berturutan, maka secara automatik ia akan membuatnya bergerak dan menjadikan paparan lebih menarik lagi.

Fungsi-fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd