Kelak, Pengguna Boleh Membuat Carian Dengan Hanya Mengucapkan “Okay Google”

Kelak, Pengguna Boleh Membuat Carian Dengan Hanya Mengucapkan “Okay Google”

Diterbitkan pada Mei 16, 2013 oleh .

Nampaknya tidak lama lagi bagaimana kaedah kita akan membuat carian akan berubah, apabila hari ini pada Google I/O, pihak Google memperlihatkan sokongan carian baru yang membolehkan pengguna hanya bercakap dan berinteraksi dengan komputer, dan mendapatkan hasil yang diinginkan.

Google Search - IO 2013

Lebih kurang sama seperti sokongan pada telefon pintar Android, iPhone dan iPad, kini daripada apa yang diperlihatkan, pengguna turut boleh melakukan perkara sama pada Chrome. Pengguna boleh bertanyakan sesuatu soalan ataupun berinteraksi dalam mendapatkan jawapan yang diinginkan.

Menariknya, untuk memulakannya pengguna tidak perlu menekan sebarang butang, dan boleh memulakannya dengan hanya bercakap “Ok Google”.

Google Search - I/O 2013

Disamping itu, Google turut mengumumkan penambah-baikkan pada Knowledge Graph, dimana lebih banyak data dipersembahkan, sekaligus membolehkan pengguna mendapat jawapan yang diinginkan dengan lebih mudah.

Sokongan Google Now pada Android turut dikemaskini, dimana kini pengguna boleh menambah peringatan (reminders), dan seterusnya ia akan mengingatkan pengguna pada sesuatu masa yang ditetapkan.

Semua sokongan ini akan diperkenalkan secara berperingkat, dan masih tiada tarikh rasmi bilakah semua pengguna akan dapat mengaksesnya.


TIPS & ULASAN