Khas untuk para pembangun, hari ini Google mengumumkan Android Studio, salah satu aplikasi sokongan untuk para pembangun dalam memudahkan mereka membangunkan aplikasi untuk Android, serta memudahkan aplikasi mereka untuk dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin.
Melalui Android Studio ini, pembangun boleh melihat perubahan dalam bentuk masa-nyata pada development console, sekaligus memudahkan mereka membuat sesuatu keputusan dengan pantas.
Selain itu, Google juga mengatakan mereka akan memperkenalkan beberapa fungsi pada Android Studio pada masa akan datang.
Selain Android Studio, Google juga memperkenalkan beberapa fungsi baru untuk para pembangun aplikasi, dimana salah satunya adalah pembahagian saluran, membolehkan pembangun memperkenalkan aplikasi mereka kepada sekumpulan pengguna dalam bentuk beta. Pembangun juga kini disediakan dengan pilihan perkhidmatan terjemahan, memudahkan mereka sekiranya ingin menterjemah aplikasi dan perkhidmatan di Google Play Store.