Google Maps Baru Akan Hadir Ke Android Dan iPhone – Termasuk Versi iPad

Google Maps Baru Akan Hadir Ke Android Dan iPhone – Termasuk Versi iPad

Diterbitkan pada Mei 16, 2013 oleh .

Selain versi web yang diberikan nafas baru, Google juga turut sama mengumumkan aplikasi peta mereka, Google Maps baru akan hadir ke Android dan iOS dalam beberapa bulan lagi, yang mana akan menyertakan antaramuka baru serta beberapa fungsi tambahan.

Google Maps - IO 2013

Antara sokongan baru adalah termasuk kebolehan membaca ulasan daripada rakan-rakan selain integrasi ulasan daripada Zagat.

Selain daripada itu, Google juga akan memperkenalkan Google Maps untuk iPad kelak, sekaligus memudahkan pengguna tablet iOS berkenaan menggunakan perkhidmatan Google Maps dengan mudah.


TIPS & ULASAN