Cydia Substrate Dan Winterboard Hadir Ke Android

Cydia Substrate Dan Winterboard Hadir Ke Android

Diterbitkan pada Mei 16, 2013 oleh .

Bagi para pengguna peranti iOS, mungkin sedia mengenali Substrate yang telah diperkenalkan sejak tahun 2008. Kini, setelah beberapa tahun, ia turut hadir kepada para pengguna Android, bersama-sama dengan aplikasi Winterboard.

Melalui Substrate, ia membolehkan pengguna mengubah-suai dan menambah beberapa perkara mengikut citarasa mereka tanpa perlu menggunakan sesuatu custom ROM dan sebagainya. Winterboard pula menawarkan kebolehan untuk menggunakan ikon dan juga tema khas pada peranti Android, dan menjadikan peranti anda berbeza dengan pengguna yang lain.

Namun, seperti biasa, untuk menggunakan kedua-dua aplikasi ini, pengguna perlulah root peranti mereka terlebih dahulu, dan ia hanya menyokong versi Android 2.3 dan terkini sahaja.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada Google Play Store, dan para pembangun pula boleh merujuk ke halaman Cydia Substrate untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Muat-Turun Cydia Substrate untuk Android

Muat-Turun Winterboard untuk Android


TIPS & ULASAN