Microsoft Ingin Menyertakan Iklan Pada Aplikasi YouTube Sekiranya Google Benarkan

Microsoft Ingin Menyertakan Iklan Pada Aplikasi YouTube Sekiranya Google Benarkan

Diterbitkan pada Mei 17, 2013 oleh .

Drama antara Microsoft dan Google berterusan, dimana lanjutan daripada permintaan pihak Google terhadap aplikasi YouTube untuk Windows Phone, kini Microsoft membalasnya dengan meminta Google untuk membuka API yang sepatutnya supaya mereka dapat mengintegrasikan pengiklanan YouTube pada aplikasi mereka.

Aplikasi YouTube WP8

Sebelum ini, semalam, Google meminta Microsoft untuk membuang aplikasi berkenaan kerana melanggar beberapa terma YouTube, disamping menyalah-guna kerana menggunakan nama YouTube pada aplikasi mereka.

Microsoft turut memetik beberapa kata-kata pengasas Google, dan mengatakan ingin menyelesaikan masalah ini dan membolehkan pengguna mereka menggunakannya tanpa sebarang masalah.

Selain daripada aplikasi daripada pihak Microsoft, beberapa aplikasi lain turut terdapat di Windows Phone Store, tetapi tidak menggunakan nama YouTube pada ia, dan salah satu yang popular adalah MetroTube.


TIPS & ULASAN