Sokongan Integrasi SMS Akan Hadir Ke Aplikasi Google Hangouts

Sokongan Integrasi SMS Akan Hadir Ke Aplikasi Google Hangouts

Diterbitkan pada Mei 17, 2013 oleh .

Semalam, pihak Google telah melancarkan aplikasi permesejan baru mereka yang mengabungkan beberapa perkhidmatan, dinamakan sebagai Google Hangouts. Melaluinya salah satu permintaan daripada ramai pengguna adalah integrasi SMS, dan kini daripada apa yang dikongsikan, sokongan tersebut akan datang tidak lama lagi.

Hangouts

Google Hangouts telah dilancarkan pada Android, iOS dan juga Chrome semalam, membolehkan pengguna mengikuti perbualan mereka walaupun mereka bertukar peranti, sekaligus memudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Dengan penyertaan sokongan SMS, ia tidak mustahil untuk Hangout menjadi salah satu aplikasi yang digunakan dengan meluas oleh semua pengguna seluruh dunia, dan memudahkan pihak Google bersaing dalam arena permesejan yang kini disertai ramai pihak.

Apa pun, tiada tarikh rasmi diberikan buat masa ini, dan mungkin kita hanya perlu nantikan kemaskini daripada pihak Google untuk aplikasi berkenaan.


TIPS & ULASAN