Windows Phone Kini Mendahului BlackBerry – Menduduki Tangga Ketiga

Diterbitkan pada Mei 17, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Umum sedia maklum yang mana Android dan iOS merupakan dua platform popular yang digunakan oleh pengguna seluruh dunia, sekaligus menjadikan persaingan untuk menduduki tangga ketiga agak sengit antara BlackBerry dan juga Windows Phone.

Melalui statistik untuk suku pertama 2013 yang dikeluarkan oleh IDC, ia kelihatan pihak Microsoft berjaya merampas kedudukan tangga ketiga daripada BlackBerry, dan kini memegang pasaran sebanyak 3.2%.

Lebih kurang 7 juta peranti dikatakan telah terjual pada suku pertama 2013 ini, berbanding dengan hanya 6.3 juta daripada pihak BlackBerry.

Mendahului carta adalah Android dengan 162.1 juta peranti, dan diikuti oleh iOS sebanyak 37.4 juta peranti.

IDC - Suku Pertama 2013

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami