BBM Tidak Akan Menyokong Tablet Android Dan iPad Ketika Pengenalan

BBM Tidak Akan Menyokong Tablet Android Dan iPad Ketika Pengenalan

Diterbitkan pada Mei 17, 2013 oleh .

Pada minggu ini, salah satu berita yang menarik perhatian ramai pengguna seluruh dunia adalah apabila BlackBerry mengumumkan bakal membawa BBM kepada pengguna iOS dan juga Android. Kini, melalui Trusted Reviews, ia dilaporkan aplikasi berkenaan akan memfokuskan kepada telefon pintar sahaja ketika pelancarannya kelak.

BBM - Android dan iOS

BlackBerry telah mengatakan mereka akan membawa sokongan BBM untuk para pengguna peranti Android dan iOS, dan hanya memerlukan mereka menjalankan sistem operasi Android 4.0 dan terkini ataupun iOS 6 dan terkini.

Walaupun pihak BlackBerry mengatakan mereka tidak akan menyokongnya, ia bukan bermakna tidak boleh digunakan, tetapi berkemungkinan adalah lebih kepada pengoptimasian saiz skrin besar untuk aplikasi mereka.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran aplikasi permesejan ini pada platform Android dan juga iOS.


TIPS & ULASAN