Mungkinkah Chromium Akan Menggantikan Firefox Sebagai Pelayar Web Utama Pada Ubuntu?

Mungkinkah Chromium Akan Menggantikan Firefox Sebagai Pelayar Web Utama Pada Ubuntu?

Diterbitkan pada Mei 17, 2013 oleh .

Chromium UbuntuPelayar web Firefox telah didatangkan bersama-sama Ubuntu sehingga kini, dan mungkin pada versi Ubuntu 13.10 kelak akan berlaku perubahan kepada pelayar web Chromium. Namun, segalanya masih pada peringkat perbincangan awal buat masa ini.

Antara sebab yang mungkin menyebabkan perkara ini adalah termasuk kerana populariti pelayar web Chrome yang melangkaui Mozilla Firefox, selain mana sokongan pelbagai extension utama telah pun tersedia pada pelayar web berkenaan.

Pada masa yang sama, Chromium juga dikatakan akan menjadikan penggunan Unity lebih selari berbanding penggunaan Firefox pada hari ini.

Namun, apa pun, segalanya pada peringkat perbincangan awal, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN