Cari @ Amanz

Ramai peminat permainan Batman sedia maklum akan mengenai Arkham Origins yang akan hadir pada tahun ini. Menariknya, kini penerbit permainan tersebut telah pun hadir dengan sebuah video baru, memperlihatkan beberapa detik perlawanan antara Batman dan juga Deathstroke.

Trailer penuh permainan tersebut dijangka akan dikeluarkan pada 20 Mei ini. Sama seperti pemainan Arkham sebelum ini, ia akan membawakan bentuk permainan aksi dalam dunia terbuka, dimana pemain akan memainkan watak Batman. Ia turut sama dikatakan akan menyertakan mod permainan multiplayer bersama-sama dengannya.

Batman : Arkham Origins ini bakal dilancarkan pada 25 Oktober kelak, dan akan ditawarkan untuk Xbox 360, PlayStation 3, Wii U dan juga PC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd