Klien Instagram Untuk Windows Phone – Itsdagram Sedia Untuk Dimuat-Turun

Klien Instagram Untuk Windows Phone – Itsdagram Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mei 17, 2013 oleh .

Seperti mana yang dijanjikan pada awal minggu ini, kini aplikasi Itsdagram telah pun diterbitkan pada Windows Phone Store, membolehkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya pada harga RM4.99 ataupun mencubanya secara percuma dengan sokongan terhad.

Itsdagram

Itsdagram merupakan salah satu aplikasi berbentuk klien untuk Instagram, menawarkan pelbagai fungsi, termasuk dari pendaftaran akaun, memuat-naik gambar, meninggalkan komen, like gambar, dan beberapa sokongan yang lain.

Beberapa kesan efek juga turut disertakan, membolehkan pengguna menambahnya pada gambar mereka. Menurut pembangunnya, mereka akan mengemaskini filter baru dari hari ke hari, sekaligus membolehkan pengguna menikmati pelbagai kesan baru pada gambar mereka.

Untuk versi percubaan, Itsdagram hadir dengan sokongan terhad, dimana pengguna boleh memuat-naik hanya satu gambar. Mungkin ia akan membolehkan pengguna mengetahui bagaimanakah prestasi aplikasi tersebut sebelum membelinya.

Bagi yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan mencubanya hari ini, dan jangan lupa memberikan maklumbalas berkenaan aplikasi tersebut selepas anda mencubanya.

Muat-Turun Aplikasi Itsdagram untuk Windows Phone (RM4.99)


TIPS & ULASAN