(Ura-Ura) Android 4.3 Akan Dilancarkan Pada Bulan Hadapan?

(Ura-Ura) Android 4.3 Akan Dilancarkan Pada Bulan Hadapan?

Diterbitkan pada Mei 17, 2013 oleh .

Pada Google I/O 2013, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah pengumuman berkaitan dengan versi Android baru. Namun, ia tidak diumumkan, dan mengikut beberapa desas-desus awal, pihak Google dikatakan akan melancarkan Android 4.3 pada bulan hadapan, 10 Jun 2013.

Nexus 4 Putih

Memandangkan ia masih menggunakan angka 4.x, maka mungkin kita akan dapat melihat kemaskini kecil sahaja daripada Google, dan mungkin bersama-sama beberapa sokongan dan fungsi baru pada Android.

Selain daripada pelancaran Android 4.3, ia turut dikatakan Google akan hadir dengan Nexus 4 berwarna putih pada tarikh yang sama dan ditawarkan melalui Google Play Store.

Apa pun, ia hanya sekadar ura-ura sahaja buat masa ini, dan sekiranya benar, mungkin kita akan dapat melihat lebih lanjut berkenaan dengannya pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN