Google Mula Menghantar Jemputan Untuk Mencuba Google Maps Baru

Google Mula Menghantar Jemputan Untuk Mencuba Google Maps Baru

Diterbitkan pada Mei 17, 2013 oleh .

Selepas mengumumkan Google Maps dengan antaramuka dan beberapa fungsi baru, pihak Google juga turut sama telah membuka pendaftaran minat untuk mereka yang ingin mencuba perkhidmatan tersebut. Kini, gergasi internet tersebut telah mula menghantar jemputan awal kepada beberapa pengguna untuk mencubanya.

Melalui Google Maps baru, pelbagai perkara diubah dan ditambah-baik, terutamanya dari segi antaramuka. Google Maps juga kini mengintegrasikan sokongan untuk melihat komen berkaitan sesuatu lokasi, selain beberapa fungsi yang dipermudahkan lagi seperti navigasi dan juga fungsi melihat arah perjalanan.

Bagi mereka yang masih tidak menerima jemputan untuk mencuba perkhidmatan Google Maps baru ini, anda boleh ke halaman Google Maps, dan mendaftarkan minat di sana.


TIPS & ULASAN