Aplikasi Field Trip Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Tempatan

Aplikasi Field Trip Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Mei 17, 2013 oleh .

Bagi mereka yang gemar mengembara dan melancong, kini salah satu aplikasi daripada Google Niantic Lab, iaitu Field Trip telah pun diterbitkan untuk pasaran global, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk memuat-turun dan menggunakannya.

Field Trip

Melalui aplikasi Field Trip, ia menggunakan sokongan geolokasi, sekaligus memberikan cadangan berkenaan beberapa lokasi berhampiran yang menarik untuk dilawati.

Dengan kemaskini yang diperkenalkan hari ini, Field Trip menyokong lebih 80 buah negara, sekaligus memudahkan bagi mereka yang ingin melancong untuk menggunakannya. Buat masa ini, kemaskini ini hanya untuk versi Android sahaja, dan kemaskini untuk versi iOS mungkin akan hadir tidak lama lagi.

Muat-Turun Field Trip untuk Android


TIPS & ULASAN