Samsung Galaxy S4 telah pun dilancarkan di pasaran tempatan dan beberapa buah negara lain sejak penghujung bulan lepas. Salah satu perkara yang mendapat perhatian ramai adalah versi 16GB yang mana hanya datang dengan ruangan penggunaan sebanyak lebih kurang 8.8GB sahaja.
Perkara ini turut mendapat perhatian pihak Samsung, dimana dikatakan mereka mungkin akan memperkenalkan kemaskini untuknya, yang mana akan mengosongkan sedikit lagi ruangan dan membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak fail, dokumen dan media pada peranti mereka.
Walaubagaimanapun, memandangkan Galaxy S4 turut hadir dengan sokongan mikro-SD, mungkin perkara ini tidak menyukarkan ramai pengguna.