Yahoo! dibawah CEO baru, Marissa Mayer nampaknya kembali aktif dalam pembangunan bukan sahaja produk, tetapi turut sama dalam mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti. Terkini, ia diperkatakan Yahoo! sedang dalam perbincangan bersama-sama pihak Tumblr untuk pengambil-alihan.
Daripada laporan awal, nilai harga pengambil-alihan dijangka akan mencapai lebih kurang $1 bilion.
Sekiranya perkara ini benar, dan pengambil-alihan ini berlaku, maka kita mungkin akan dapat melihat pihak Yahoo! terus mengukuhkan kedudukan mereka dikalangan para pengguna remaja, dan pada masa yang sama menyertai arena mikro-blogging.
Selain daripada Tumblr, sebelum ini ia turut dilaporkan Yahoo! turut dalam perbincangan bersama-sama beberapa syarikat lain untuk terus mengukuhkan portfolio mereka dalam arena teknologi.