Jualan Samsung Galaxy S4 Akan Mencapai 10 Juta Minggu Hadapan

Jualan Samsung Galaxy S4 Akan Mencapai 10 Juta Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 17, 2013 oleh .

Samsung Galaxy S4 telah dilancarkan pada penghujung bulan lepas, dan kini dalam masa kurang sebulan, jualannya bakal melangkaui angka 10 juta unit, sekaligus mengatasi rekod jualan Galaxy S3 pada tahun lepas.

Samsung Galaxy S4

Di Malaysia, peranti ini telah dilancarkan pada 27 April yang lepas, dimana dijual pada harga RM2199, selain turut ditawarkan melalui beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.

Dari segi spesifikasi, Galaxy S4 membawakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa 5410, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM, dan juga skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh.

Selain itu, pada minggu ini juga, pihak Google telah mengatakan mereka akan mula menawarkan Galaxy S4 dengan antaramuka asas Android melalui Google Play Store pada bulan hadapan.

Baca : Pandang Pertama Galaxy S4


TIPS & ULASAN