Aplikasi TonTon Untuk Samsung Smart TV Dilancarkan

Aplikasi TonTon Untuk Samsung Smart TV Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 17, 2013 oleh .

Seperti mana yang pernah kami laporkan sebelum ini, hari ini, pihak Media Prima Digital secara rasminya telah pun melancarkan aplikasi TonTon mereka untuk para pengguna Samsung Smart TV di Malaysia.

Samsung SmartTV - TonTon

Dengan menggunakan aplikasi ini, para pengguna Samsung Smart TV boleh mengakses pelbagai kandungan video yang disediakan melalui TonTon, dan menontonnya terus pada kaca televisyen mereka.

Daripada apa yang dikongsikan, aplikasi ini boleh digunakan pada SMART TV yang dikeluarkan pada tahun 2012 dan juga 2013. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya daripada Samsung App Store secara percuma, dan mula menonton pelbagai rancangan daripada TV3, NTV7, 8TV dan juga TV9 dengan mudah.


TIPS & ULASAN