Setelah menawarkan perkhidmatan mereka di pasaran Asia Pasifik sejak beberapa tahun yang lepas, kini pihak Nuffnang turut sama memperluaskan perkhidmatan mereka ke luar Asia, dimana kini ia dilancarkan di United Kingdom.
Selepas beroperasi di enam buah negara, UK menjadi lokasi ke tujuh pilihan Nuffnang dalam usaha untuk memperluaskan tawaran perkhidmatan mereka. Bersama-sama dengan pelancaran ini, pihak Nuffnang turut berkongsi mengatakan kini komuniti mereka berjumlah menghampiri 1 juta penulis blog.
Walaupun terdapat di beberapa pasaran pada hari ini, namun kedudukan Nuffnang adalah paling kukuh di Malaysia, dengan kebanyakkan penulis blog tempatan yang menggunakan perkhidmatan mereka. Melalui Nuffnang, mereka menyediakan beberapa kempen pemasaran, membolehkan penulis blog menjana pendapatan tambahan melalui blog milik mereka.