Pada Mobile World Congress bulan Februari yang lepas, salah satu peranti yang menarik perhatian ramai adalah Nokia Asha 301 yang dilengkapi dengan sokongan rakaman gambar sendiri tanpa menggunakan kamera hadapan. Kini, peranti tersebut telah pun mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM289.
Harga yang ditawarkan ini adalah untuk modal satu-SIM, dan Nokia mengatakan versi dwi-SIM akan hadir tidak lama lagi.
Dari segi spesifikasi, peranti ini membawakan skrin bersaiz 2.4-inci dengan resolusi 240×320 pixel, sokongan internet, dan kamera 3.15-megapixel. Ia turut didatangkan dengan ruangan mikro-SD, membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak gambar yang dirakamkan dengan mudah.
Bagi anda yang berminat mendapatkannya, mungkin boleh merujuk ke pengedar rasmi Nokia seluruh negara.