YouTube buat masa ini sedang menguji rekaan saluran yang dinamakan sebagai YouTube One Channel dalam bentuk beta buat masa ini, dan nampaknya mereka telah bersedia untuk memperkenalkannya untuk semua saluran pada bulan hadapan.
Melalui kemaskini pada blog mereka hari ini, pihak YouTube mengumumkan rekabentuk YouTube One Channel ini akan diperkenalkan kepada semua pada 5 Jun kelak. Sekiranya anda tidak mengaktifkan lagi, maka ia akan diaktifkan untuk anda pada tarikh berkenaan.
Sebagai alternatif, pemilik saluran juga boleh mengaktifkan rekabentuk baru tersebut serta-merta hari ini melalui halaman khas di YouTube, dan mula menggunakannya sekarang.