Aplikasi Adobe Photoshop Express Dilancarkan Untuk Windows 8 Dan RT

Aplikasi Adobe Photoshop Express Dilancarkan Untuk Windows 8 Dan RT

Diterbitkan pada Mei 18, 2013 oleh .

Dengan pelbagai aplikasi penyuntingan gambar tersedia di Windows Store, nampaknya pihak Adobe turut sama tidak ingin ketingalan, dimana hari ini mereka melancarkan aplikasi Adobe Photoshop Express secara percuma untuk para pengguna Windows 8 dan juga Windows RT.

Adobe Photoshop Express

Melalui aplikasi Photoshop Express untuk Windows 8 ini, ia membawakan sokongan untuk penyuntingan gambar secara pantas, serta berkongsi dengan yang lain dengan mudah. Ia turut menyertakan fungsi menambah efek pada gambar, dimana lebih 15 efek berbeza disediakan melalui aplikasi berkenaan.

Bagi para pengguna Windows 8 dan juga Windows RT yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Windows Store hari ini dan menggunakannya dalam penyuntingan gambar anda.

Adobe Photoshop Express

Muat-Turun Aplikasi Adobe Photoshop Express pada Windows Store


TIPS & ULASAN