Sony Memperkenalkan Projek AOSP Untuk Xperia Tablet Z

Sony Memperkenalkan Projek AOSP Untuk Xperia Tablet Z

Diterbitkan pada Mei 18, 2013 oleh .

Beberapa minggu yang lepas pihak Sony telah memperkenalkan sokongan AOSP (Android Open Source Project) untuk telefon pintar Xperia Z mereka. Dan kini, mereka memperluaskan sokongan tersebut untuk tablet terbaru mereka – Xperia Tablet Z.

Xperia Tablet Z

Daripada pengumuman pihak Sony, kini AOSP untuk Xperia Tablet Z telah tersedia di GitHub, membolehkan pengguna menggunakan tablet terbaru daripada Sony itu dengan menggunakan Android versi asas. Walaubagaimanapun, versi yang diperkenalkan ini masih pada peringkat awal, dan masih tidak stabil sepenuhnya lagi.

Di Malaysia, ia tidak diketahui bilakah tablet ini akan dilancarkan. Pihak Sony telah pun mula mempromosikan melalui laman sosial mereka, dan mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan pada bulan ini atau bulan hadapan.


TIPS & ULASAN