Informasi Teknologi Terkini

Pihak Facebook telah pun sedia memperkenalkan sokongan menghantar sticker untuk para pengguna iOS dan juga Android melalui Facebook Messenger. Ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan tersebut akan hadir secara rasmi untuk pengguna desktop, dan sementara menantikannya, salah satu alternatif yang boleh digunakan adalah Facemoji.

Facemoji Chrome

Facemoji menawarkan kebolehan untuk menghantar Facebook Stickers terus melalui pelayar web Chrome, dimana ia menambah dan memperlihatkan sokongan penghantaran stickers yang masih tidak diaktifkan oleh pihak Facebook.

Memandangkan ia menggunakan stickers daripada Facebook, maka walaupun pengguna lain tidak memasang Facemoji pada komputer mereka, stickers tersebut akan masih kelihatan. Namun, ia masih terhad untuk sticker percuma sahaja, dan tiada sokongan untuk yang lain seperti pada peranti Android dan iOS.

Bagi pengguna pelayar web Chrome yang berminat, mungkin anda boleh mencubanya hari ini dengan memasang ia pada pelayar web Chrome anda.

Muat-Turun Facemoji untuk Chrome

TIPS & ULASAN