Filem Assassin’s Creed Akan Hadir Pada Mei 2015?

Filem Assassin’s Creed Akan Hadir Pada Mei 2015?

Diterbitkan pada Mei 19, 2013 oleh .

Assassin’s Creed merupakan salah satu siri permainan yang menarik dan mempunyai peminatnya tersendiri. Pada tahun ini, mereka akan melancarkan permainan Assassin’s Creed 4 : Black Flag, dan kini turut dilaporkan sebuah filem adaptasi siri permainan ini akan hadir dalam dua tahun lagi.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat awal, dan dikatakan telah memilih penulis untuk membuat skrip filem tersebut.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah jalan ceritanya, dan akan berasaskan plot yang mana. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam beberapa bulan lagi.

Selain daripada Assassin’s Creed, pada minggu lepas juga, kita mendengar mengenai filem Angry Birds yang akan hadir dalam beberapa tahun lagi.


TIPS & ULASAN