HTC One Bakal Menerima Kemaskini Android 4.2 Tidak Lama Lagi?

HTC One Bakal Menerima Kemaskini Android 4.2 Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Mei 19, 2013 oleh .

Sementara Galaxy S4 dijual dengan sistem operasi Android 4.2, peranti pesaing terdekatnya, iaitu HTC One masih menjalankan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean. Umum sedia maklum pihak HTC akan mengemaskininya kepada versi terkini, dan mengikut beberapa desas-desus yang kedengaran, ia dikatakan akan tiba dalam masa beberapa minggu lagi.

Kemaskini ini dikatakan akan hadir dalam masa dua hingga tiga minggu lagi. Kesahihan perkara ini masih tidak diketahui lagi, namun disebabkan kemungkinan ia akan diperkenalkan secara berperingkat, maka mungkin mengambil masa yang lebih daripada itu untuk tiba kepada semua pengguna.

Android 4.2 Jelly Bean membawakan beberapa penambahan baru, termasuk salah satunya adalah sokongan widget pada bahagian lockscreen.

Selain daripada HTC One, beberapa peranti utama lain HTC, iaitu Butterfly dan juga X+ turut dikatakan akan menerima kemaskini tidak lama lagi, membawakan sokongan Sense 5 untuknya.

Baca : Ulasan HTC One


TIPS & ULASAN