Cari @ Amanz

Chromebook Samsung Series 5

Yes-Samsung-GooglePada Google I/O, seperti semua sedia maklum, Google telah mengumumkan mengenai penggunaan Chromebook di sekolah Malaysia. Dalam menjayakannya, tiga pihak terlibat, iaitu Yes, Google serta Samsung, dan menariknya kini mereka bakal mengumumkan sesuatu pada hari Rabu nanti.

Maklumat penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini. Daripada spekulasi awal, mungkin kita akan dapat melihat Chromebook mula dijual kepada para pengguna tempatan, dan mungkin akan didatangkan bersama-sama pakej khas daripada pihak Yes.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh ketiga-tiga pihak ini pada 22 Mei ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd