Google Translate Digunakan Lebih 200 Juta Pengguna Setiap Hari

Google Translate Digunakan Lebih 200 Juta Pengguna Setiap Hari

Diterbitkan pada Mei 19, 2013 oleh .

Google Translate merupakan salah satu perkhidmatan daripada Google yang digunakan ramai. Seperti pada namanya, ia menawarkan sokongan terjemahan kepada lebih daripada 71 bahasa, termasuk sokongan bahasa Jawa baru-baru ini.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Google di Google I/O, perkhidmatan terjemahan mereka ini kini digunakan lebih daripada 200 juta pengguna setiap hari, dimana lebih satu bilion terjemahan dilakukan melaluinya.

Selain itu, ia turut diperkatakan sebanyak lebih kurang 92% penggunaannya adalah di luar Amerika Syarikat.

Projek Google Translate telah dimulakan sekitar 2001, dan dari tahun ke tahun beberapa bahasa baru telah ditambah pada perkhidmatan tersebut. Sokongan ini juga turut diintegrasikan pada beberapa perkhidmatan mereka, terutamanya kebolehan terjemahan terbina pada Google Chrome, dan juga aplikasi Translate pada Android yang digunakan ramai.

Mungkin kelak, kita akan dapat melihat Google terus menambah sokongan bahasa pada perkhidmatan ini, sekaligus memudahkan lagi pengguna seluruh dunia berinteraksi antara satu sama lain tanpa kekangan penggunaan bahasa.


TIPS & ULASAN